top of page

JOM KENALI DAPUR BASAH DAN DAPUR KERING



Kenapa ada rumah yang sampai ada 2 dapur? Mari kita kenal fungsinya


Dapur Basah • Ianya kawasan yang mana sebahagian besar kerja memasak dan persiapan memasak dilakukan. Memang akan berkecah dalam dapur tu. • Tempat menyiang dan membersihkan bahan yang baunya kuat seperti daging dan ikan. Begitu juga memasak makanan yang menghasilkan bau yang kuat, kerana serombong biasanya diletakkan di dapur basah. • Tempat mencuci pinggan mangkuk dan peralatan yang digunakan.


Dapur Kering • Kawasan ini digunakan untuk melakukan aktiviti ‘kering’ dan lebih ringkas seperti membuat roti bakar, memotong sayur dan buah, atau memanaskan lebihan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro. • Di sinilah selalunya diletakkan peralatan dapur seperti peti sejuk, pembancuh kopi, dan ketuhar gelombang mikro. Ia juga kurang memerlukan kerja pembersihan secara intensif berbanding jiran sebelahnya.


=====================================

Rumah anda ada satu dapur sahaja? Ada tanah lebihan belakang rumah? Jom extend dapur anda dan bahagikan dapur kering dan basah, anda pasti akan lebih seronok memasak di dapur baru anda nanti!


Hubungi kami sekarang, klik www.wasap.my/+60135319670+/ExtendDapur


Comentários


bottom of page