Mari kami share jenis lampu apakah yang sesuai untuk dapur dan ruang makan rumah anda!
1. Lampu Siling Di dapur, lampu yang rendah adalah tidak sesuai kerana dapur terdedah dengan asap dan haba. Lampu siling seperti downlight dan kalimantang yang dipasang di siling adalah antara pilihan yang baik.
2. Lampu LED Lagi cerah dapur anda, lagi seronok dan selamat nak masak kan? Untuk menambah pencahayaan dapur, anda boleh memasang lampu LED di sekeliling dapur seperti di bawah floating cabinet.
3. Lampu Gantung Sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang makan. Lampu gantung mempunyai pelbagai rekaan di pasaran, pastinya dapat disesuaikan dengan hiasan ruang makan anda.
4. Lampu Chandelier Lampu ini selalu dikaitkan dengan kemewahan dan status. Sangat sesuai untuk diletakkan di dapur kering atau ruang makan. Tetamu anda pasti kagum melihatnya ketika makan di ruang makan rumah anda.
====================================
Nak kami hiaskan rumah anda? Bukan takat hias, nak renovate rumah anda pun kami boleh buatkan dari A-Z! Contact kami di link di bawah;
Comments