top of page

TIPS MEMILIH KONTRAKTOR UBAHSUAI RUMAH



Ramai yang ditipu oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab, duit dah bayar tapi rumah tak siap-siap. Jadi, kami kongsikan tips-tips memilih kontraktor dan kenapa Scenix adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

1. Survey review-review pelanggan yang pernah berurusan dengan kontraktor tersebut. Mereka merupakan individu yang terbaik untuk anda mendapatkan pendapat sama ada mereka berpuas hati atau tidak dengan servis yang disediakan. Mereka juga telah melihat dengan mata mereka sendiri kualiti produk yang dihasilkan. • Scenix mempunyai ramai pelanggan yang berpuas hati dengan servis kami, anda boleh lihat review-review daripada mereka.

2. Mempunyai Lesen Perniagaan Serta Lesen Kontraktor Pilih kontraktor ubahsuai yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan pendaftar perniagaan samada lesen Enterprise atau Sdn Bhd. Ini membuktikan bahawa mereka sangat serius berniaga dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya. Pastikan juga kontraktor tersebut mempunyai lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas F atau E sebagai bukti bahawa mereka adalah kontraktor yang berdaftar. • Scenix merupakan sebuah syarikat berstatus Enterprise dan kami juga berdaftar dengan CIBD!

3. Mempunyai Premis Serta Urusniaga Yang Sah. Pastikan kontraktor ubahsuai anda mempunyai alamat urusniaga samada pejabat,rumah atau kilang. Sesetengah kontraktor kecil menjadikan alamat rumah sebagai alamat perniagaan. Dalam berurusniaga dengan mereka, jika mereka mudah dihubungi melalui telefon dan boleh dikunjungi di premis, maka ini antara tanda bahawa mereka mempunyai peniagaan yang jujur. • Scenix mempunyai showroom kami sendiri di Econsave Botani, Ipoh. Betul-betul sebelah pintu masuk. Jom singgah!

3. Utamakan Kontraktor Rumah yang Berdekatan. Hal ini juga penting untuk elak daripada terkena caj tambahan di dalam sebut harga. Selain itu, apabila terdapat sebarang masalah kerja, mudah untuk anda menghubungi dan berbincang dengan mereka. • Scenix memang menumpukan projek-projek sekitar Ipoh buat masa ini. Lebih mudah untuk kami menjaga dan memantau kualiti kerja kami.

4. Jemput Para Kontraktor Rumah Untuk Sebut Harga. Sebaiknya ajak para kontraktor rumah pilihan anda datang ke lokasi. Biar mereka melihat sendiri keadaan tempat dan dapatkan sebut harga terlebih dahulu. Anda boleh bertanya material sesuai dan kos yang setimpal. Setelah mendengar pelbagai sebut harga dan pengalaman kontraktor rumah, barulah anda buat pilihan terbaik.

• Scenix ingin anda mendapat yang terbaik. Jadi kami sangat mementingkan proses site visit dan berbincang dengan tuan rumah tentang apa yang terbaik untuk mereka.

===========================

Jom renovate rumah anda! Contact kami sekarang melalui link di bawah: www.wasap.my/+0164239670+/Home&Build



Comments


bottom of page